top of page

CALL US: +60175315165

Welcome to

"THE PREDATOR"

TERMITES BAIT ELIMINATOR

UMPAN PENGHAPUS ANAI-ANAI

"D.I.Y HOMEMADE"

The Predator jpEG Trial 2.jpg
Full Spec Kotak Umpan.jpg

Anda Menghadapi Masalah Anai-Anai Di Kediaman Anda ?

Dah Banyak Perabot, Kelengkapan, Serta Bahagian Rumah Yang Rosak Di Serang Anai-Anai?

Menanggung Kos Baik Pulih Yang Melambung Tinggi?

Nak Panggil Pakar Kawalan Anai-Anai Tetapi Mahal Dan Tak Mampu?

Nak Letak Racun Anai-Anai Tetapi Bau Bahan Kimia Yang Kuat Dan Merbahaya Kepada Penghuni Rumah Dan Keluarga ?

Dan Banyak Lagi Kerosakan Yang Perlu Anda Tanggung Seperti Berikut...?

Selamatkan Kediaman Anda Daripada Serangan Anai-Anai Sekarang !

Kotak 1 Full.jpg

"THE PREDATOR"-Termites Bait Eliminator

  • Berfungsi untuk mengawal serangan anai-anai dan memusnahkan koloni anai-anai.

  • Produk yang dihasilkan secara "Homemade" namun terbukti berkesan seperti produk luar negara.

  • Menggunakan teknologi bahan aktif (Fipronil) yang terbukti berkesan sebagai pemusnah anai-anai.

  • Penyelesaian alternatif selain penggunaan racun serangga yang mempunyai bahan kimia merbahaya. Penggunaan racun anai-anai dalam bentuk cecair boleh menghasilkan wap beracun yang boleh memberi kesan kepada penghuni rumah.

  • Selamat digunakan di dalam kawasan kediaman kerana bersifat rendah toksid - Low Toxic.

  • Tiada bau, serta mudah digunakan secara D.I.Y - Do It Yourself.

  • Jimat wang kerana harga yang murah di pasaran (kerana dihasilkan secara Homemade) namun terbukti berkesan mengawal masalah anai-anai di kediaman anda.

Bagaimana "THE PREDATOR"-Termites Bait Eliminator Berfungsi?

"THE PREDATOR"-Termites Bait Eliminnator atau Umpan Penghapus Anai-Anai berfungsi sebagai alat untuk mengumpan anai-anai agar memakan bahan "cellulose" dan bahan aktif Fipronil yang terdapat di dalam kotak umpan. Pekerja anai-anai apabila memasuki kotak umpan akan memakan umpan dan bahan aktif akan terpalit juga pada bahagian anggota pekerja anai-anai. Bahan aktif yang telah masuk ke dalam sistem pencernaan anai-anai serta yang melekat pada bahagian anggota akan di bawa balik ke sarang koloni sebagai sumber makanan untuk ratu anai-anai serta keseluruhan koloni. Bahan aktif Fipronil berfungsi sebagai toksid yang akan memberi kesan kepada sistem dalaman anai-anai, melumpuhkan sistem organ dalaman seterusnya membunuh anai-anai tanpa disedari oleh keseluruhan koloni anai-anai. Bergantung kepada saiz dan jenis anai-anai, kawalan ini dijangka mengambil masa di antara 6 hingga 8 minggu selepas umpan di pasang dengan kaedah yang betul. Koloni akan terhapus sepenuhnya apabila ratu anai-anai telah mati akibat bahan aktif Fipronil dan apabila pekerja anai-anai tidak dapat menyalurkan sumber makanan kepada ratu anai-anai.

Sistem Organ Dalaman Yang Akan Lumpuh Selepas Anai-Anai Terdedah Kepada Bahan Aktif Fipronil

Sasaran "The Predator" adalah menghapuskan ratu anai-anai yang akan juga memusnahkan keseluruhan koloni anai-anai.

Cara Penggunaan "THE PREDATOR"-Termites Bait Eliminator

LANGKAH 1 :

Anda perlu memastikan adakah terdapat aktiviti anai-anai di kawasan kediaman anda. Kebiasaannya anda boleh melihat dengan adanya terowong anai-anai dan terdapat kerosakan pada perabot atau bahagian kediaman anda. Periksa kehadiran anai-anai dengan merosakkan sedikit terowong anai-anai. Terowong anai-anai akan dipulihkan semula oleh pekerja anai-anai dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Setelah kehadiran anai-anai telah dikenalpasti sila ikuti langkah ke-2.

LANGKAH 2 :

Elakkan daripada mengusik atau memusnahkan terowong anai-anai atau sarangnya. Sebelum memasang umpan penghapus anai-anai, anda dinasihatkan tidak menggunakan sebarang racun serangga yang berbau kuat. Buka kotak umpan dengan berhati-hati. Siram atau spray air sebanyak 5-6 ml ke atas blok umpan di dalam kotak. Tutup semula kotak umpan.

Spec Kotak Lubang akses Blok Umpan.jpg
IMG-20181118-WA0023.jpg
WhatsApp Image 2018-04-08 at 17.58.22.jpeg

LANGKAH 3 :

Lekatkan kotak umpan dengan menghalakan lubang umpan pada kotak ke arah laluan terowong anai-anai yang dimusnahkan sedikit. Anai-anai akan memasuki lubang kotak umpan semasa proses membaik pulih terowong anai-anai yang rosak. Lekatkan kotak umpan dengan menggunakan pita pelekat yang disertakan sekali. Pastikan kotak umpan tidak mudah bergerak atau terjatuh.

Spec Kotak Lubang akses Blok Umpan.jpg
IMG-20181118-WA0020.jpg
IMG-20181118-WA0004.jpg

LANGKAH 4 :

Biarkan kotak umpan tanpa diusik selama 2 minggu bermula dari tarikh pemasangan. Ini untuk memastikan anai-anai mula memasuki lubang umpan dan memakan sumber makanan yang mengandungi bahan aktif Fipronil. Elakkan kanak-kanak dan haiwan peliharaan mendekati kotak umpan. Sebaiknya kotak umpan dipasang di kawasan yang kurang pencahayaan atau gelap. Selepas 2 minggu tempoh pemasangan, anda boleh melakukan pemerhatian kotak umpan bagi memastikan anai-anai telah berada di dalam kotak umpan. Buka atau toreh pita pelekat di bahagian tepi kotak umpan dan dengan perlahan buka bahagian atas kotak umpan. Anai-anai akan kelihatan di dalam kotak umpan. Sila tutup semula bahagian atas kotak umpan dan gunakan pita pelekat untuk memastikan kotak umpan ditutup dan melekat dengan kemas. SEKIRANYA TIADA AKTIVITI ANAI-ANAI DI DALAM KOTAK UMPAN SELEPAS 2 MINGGU, SILA UBAH KOTAK UMPAN KE KAWASAN LAIN DI DALAM KEDIAMAN ANDA.

3.jpg
IMG_20181031_191336_632.jpg
Photo_1539864256785.jpg

Hanya 4 Langkah Mudah Ini Mampu Mengawal Serangan Anai-Anai Di Kediaman Anda. Hanya DIY Dan Menjimatkan Masa Dan Kos. Selamatkan Hartanah Dan Perabot Anda Sekarang!

DAPATKAN "THE PREDATOR" TERMITES BAIT ELIMINATOR

TERUS KE PINTU RUMAH ANDA!

bottom of page